Malaysia >>

  • Mesyuarat MIC berakhir dengan konflik dan pertelagahan

    Mesyuarat bagi menyelesaikan pemilihan semula tiga jawatan Naib Presiden, 23 ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) serta lapan bahagian MIC berakhir dengan konflik dan pertelingkahan. Ia tercetus apabila ada penyokong calon dan ahli MIC tidak berpuas hati terhadap kepimpinan serta pihak tertentu yang terlibat dalam mesyuarat berkenaan.

  • Insiden belon panas: Dua rakyat Malaysia kritikal

    Dua orang pelancong dari Malaysia yang cedera dalam nahas belon udara panas di Cappadocia, Turki semalam dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Dalam kejadian sama, seorang pelancong warga China terbunuh dan sebelas yang lain cedera. Belon udara panas itu dilapor menjunam akibat ditiup angin kencang ketika cuba mendarat kira-kira jam 8.15 pagi waktu tempatan.

  • Pendaftaran UMNO dalam talian, tiada lagi kes borang kena ‘perenyuk’

    "Dan hari ini kita melakukan peremajaan UMNO kerana selama ini kita lihat bahawa nak jadi ahli UMNO terlalu birokratik, terlalu banyak karenahnya. Cerita borang hilang, cerita borang kena perenyuk, cerita borang tak diterima, cerita kena isi borang sampai dua tiga kali, kita dah letih dengar. Sebab itu sistem pendaftaran keahlian UMNO secara online ini akan menyelesaikan segala kerumitan dan hamba [...]

  • Kurang didikan agama punca rakyat Malaysia sokong IS

    Kurangnya didikan agama menyebabkan segelintir rakyat Malaysia sanggup meninggalkan negara untuk menyertai kumpulan militan Islamic State (IS). Ia juga menyebabkan ramai yang salah tafsir ajaran Islam, khususnya mengenai konsep jihad, penghapusan dosa dan jalan mudah ke syurga.

  • Syarikat swasta tidak wajib bayar elaun Cola

    Kementerian Sumber Manusia belum bercadang untuk mewajibkan pelaksanaan kaedah bayaran elaun sara hidup (Cola) secara tetap kepada pekerja swasta. Ini kerana kerajaan pada masa ini sedang menguatkuasakan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

  • Teguran Perkasa tidak masuk akal

    "Saya rasa dia tidak layak untuk menasihat Perdana Menteri. Saya rasa Ibrahim Ali cemburu melihat Perdana Menteri pergi keluar negara. Beliau (Perdana Menteri) pergi ke luar negara bukan untuk bercuti tetapi atas urusan berkerja." - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

  • Nilai asas pastikan urus tadbir MKD lebih efektif

    "Kita harus lihat bagaimana buah fikiran yang diberikan dan peranan dalam perbincangan untuk membuat keputusan itu boleh menjurus kepada kepentingan kepada syarikat dan bertambahnya nilai kepada syarikat dan kerajaan pada keseluruhannya." - Datuk Seri Najib Tun Razak

  • Warga Myanmar perlu jalani saringan untuk masuk Malaysia

    Hanya warga Myanmar yang telah disaring rekod jenayah dibenarkan masuk ke negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menegaskannya berkata, saringan rekod jenayah itu dilakukan bagi memastikan rakyat Myanmar tidak menjadikan Malaysia sebagai tempat jenayah.

  • Jenazah seniman Mustapha Maarof selamat dikebumikan

    Suasana pilu menyelubungi majlis pengkebumian seniman Datuk Mustapha Maarof atau nama sebenarnya, Mustapha Azahari Maarof. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islama Jalan Ampang bersebelahan pusara isterinya, Datin Roseyatimah, jenazah selamat dikebumikan selepas waktu Zohor.

  • Pelajar tidak digalak sambung belajar di negara bergolak

    Kerajaan tidak menggalakkan pelajar melanjutkan pelajaran ke negara Asia Barat yang sedang bergolak buat masa ini bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan gerakan keganasan dan militan. Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, pendekatan berkenaan juga adalah sebahagian daripada langkah keselamatan.

  • Tailong Man: Pemandu lori serah diri bantu siasatan

    MELAKA – Seorang pemandu lori menyerah diri di Balai Polis Batu Berendam di sini, semalam bagi membantu siasatan kes ugutan bunuh terhadap polis Melaka oleh pemilik laman sosial dikenali ‘Tailong Man’. Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata, lelaki berusia 26 tahun dari Bentong, Pahang itu menyerah diri pada 6 petang dan [...]

  • 235 borang permohonan pemilihan UMNO sudah diambil

      KUALA LUMPUR – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata jumlah borang permohonan pemilihan UMNO yang telah diambil setakat 5 petang semalam adalah sebanyak 235 borang. Beliau berkata, 76 borang diambil untuk pemilihan Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita (44), Pemuda (86) dan Puteri sebanyak 29. Sementara itu beliau memberitau daripada 21,078 jumlah keseluruhan cawangan [...]

  • Buruh didakwa pandu dengan cuai sebabkan empat orang maut

    KUALA LUMPUR – Seorang pekerja buruh binaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap tuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan empat orang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), empat bulan lepas. Masrufi Sain, 66, didakwa menyebabkan kematian pasangan suami isteri Hasbullah Abdul Ghani, 25, dan Nurul Intan Syahida Nordin, [...]

  • Shabery lancar buku antologi ungkap tema kemerdekaan

    “Ianya (buku) sepatutnya dilihat daripada perspektif yang boleh dirangkumkan apakah ideologi kepada pergerakan yang bernama pergerakan merdeka. Kita merdeka bebaskan diri daripada British tetapi kita selepas itu kita kata apa makna kalau kita merdeka tetapi hasil bumi kita dikaut oleh orang lain pada waktu itu”.

  • Amaran angin kencang, laut bergelora ekoran Taufan Usagi

    KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Usagi dikesan kira-kira 839 km ke Timur Laut Manila, Filipina pagi ini. Berikutan taufan itu yang dikesan pada 11 pagi, keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 [...]

  • Mubarak kutuk cadangan bawa jasad Chin Pulang

    KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan mengharamkan jasad pemimpin komunis Chin Peng disemadikan di negara ini merupakan tindakan yang tepat dan harus diterima rakyat Malaysia, kata Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Abdul Rahman Sulaiman. “Saya harap kerajaan tegas dengan keputusan itu. Mubarak sepakat mengutuk cadangan sesetengah pihak yang ingin membawa jasad Chin [...]

  • Gempa bumi sederhana landa Papua New Guinea

    KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Papua New Guinea pada 4.53 pagi ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman webnya, pusat gempa bumi itu berada di kedudukan 96km timur laut Wiwak, Papua New Guinea dan 2,985km di tenggara Semporna di Sabah. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. – Bernama

  • 10 pengedar dadah bakal berdepan hukuman mati mandatori

    KOTA BHARU – Seramai 10 daripada 68 pengedar dadah yang ditahan dalam Ops Cantas yang dilaksanakan di Kelantan sejak 18 Ogos lepas, bakal berdepan hukuman mati mandatori. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, 10 pengedar dadah itu bakal dibicarakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Katanya, seramai 17 pengedar dadah bakal [...]

  • Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam ladang kelapa sawit

    KOTA TINGGI – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Waha, dekat sini, dua hari lepas. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Low Han Seng berkata, mayat mangsa ditemui orang awam di dalam semak sebelum menghubungi polis kira-kira pukul 2.20 petang. “Polis yang tiba di lokasi [...]

  • Khairy mengalu-alukan pencabarnya pada pemilihan UMNO

    Oleh Mastura Malak (mastura@abnxcess.com) SERI KEMBANGAN – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin mencabarnya merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti 21 Oktober nanti. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hasrat anak bekas Setiausaha Agung UMNO,  Tan Sri Sanusi Junid, Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muamar Ubaidah untuk bertanding merebut jawatan [...]


  • FOLLOW US

    PILIHAN PEMBACA

     

    KOMENTAR


     

     
    http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews