Malaysia mengalukan penyertaan Timor Leste ke ASEAN
Tan Sri Abu Zahar Ujang
Tan Sri Abu Zahar Ujang

KUALA LUMPUR – Malaysia akan sentiasa menyokong hasrat Timor Leste untuk menyertai Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai anggota penuh.

Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, Timor Leste dimasukkan sebagai anggota penuh dalam badan serantau itu.

Menurutnya, kemasukan itu akan memberi impak ke atas pembangunan ekonomi, politik dan keselamatan negara itu secara keseluruhannya.

“Sekarang ini, Timor Leste  menyatakan telah memohon untuk menyertai negara ASEAN.  Dia dah buat permohonanan itu sejak dua tahun lalu dan sekarang dalam proses penerimaan oleh jawatangkuasa negara-negara ASEAN. Saya sebagai wakili Malaysia mengalu-alukan penyertaan Timor Leste dalam ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah menerima kunjungan hormat daripada wakil negara Timor Leste, Jose Antonio Amorim Dias ke pejabatnya di Parlimen hari ini.

Dalam pertemuan itu katanya. Ia lebih menumpukan kepada bantuan yang difikirkan perlu dan penting bagi pembangunan negara tersebut.

Tambahnya, kerajaan Malaysia sebelum ini banyak membantu Timor Leste dari segi pelbagai sudut untuk membangunkan negara itu.

“Beliau menyatakan negara itu masih perlu banyak pembangunan infrastruktur. Maksudnya lapangan terbang, jalan , sekolah dan banyak lagi, perlu dibangunkan.

“Beliau sendiri mengakui Malaysia adalah satu-satunya negara di kawasan Asia Tenggara menampakkan negara yang cukup membangun,” katanya.

Timor Leste merupakan sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 1.7 juta orang dan ia merupakan negara yang paling lewat mendapat kemerdekaan.

 

 

 


 

FOLLOW US

PILIHAN PEMBACA

 


 

 
http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews