Kes tembak pegawai bank: Mangsa sempat telefon suami sebelum kejadian
Norazita (dua dari kanan) bersama suami dan dua anaknya.
Norazita (dua dari kanan) bersama suami dan dua anaknya.

Oleh Izzatie Rizan ( izzatie@abnxcess.com )

SUBANG JAYA – “Arwah sempat menelefon saya sebelum kejadian bertanya sama ada saya sayangkannya atau tidak?” kata suami kepada pegawai bank yang mati ditembak di sebuah cawangan bank USJ 2 Sentral, Subang Jaya petang semalam.

Menurut suami mangsa, Irwan Kamaruddin, 37 mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian berlaku.

Irwan Kamaruddin

Irwan Kamaruddin

“Pada pukul 5.11 petang dia ada menelefon saya dan itulah perbualan terakhir saya dan isteri sebelum dia mati ditembak.

“Kejadian yang menimpa isteri saya sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan” katanya kepada ABN news.

Sementara itu sepupu mangsa yang enggan dikenali berkata, arwah menunjukkan sikap yang periang ketika di berada di pejabat sebelum kejadian.

“Arwah tak banyak bercakap sebelum kejadian ini tapi ketika di pejabat dia menjadi sangat periang,” katanya.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang semalam, seorang pegawai bank mati ditembak di kepala ketika sedang memasukkan duit di peti besi bank terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa Norazita Abu Talib, 37 tahun berada di bilik peti besi berkenaan bersama empat pegawai bank lain dan juga suspek.

Menurut polis, suspek yang berasal dari Sabah bersenjatakan ‘pump gun’ bertindak melepaskan tembakan mengenai kepala mangsa dan kemudian melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Mayat mangsa dijadualkan dibedah siasat jam 8 pagi ini dan dijangka dibawa ke kampung halamannya di Kampar, Perak untuk dikebumikan.


 

FOLLOW US

PILIHAN PEMBACA

 


 

 
http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews