Sensitiviti kaum dan agama tidak wajar dipermainkan
Datuk Rosli Mohd Amin
Datuk Rosli Mohd Amin

Oleh Azizi sunip (azizisunip@abnxcess.com)

SHAH ALAM –  Kebebasan bersuara dalam melontarkan pandangan melalui media sosial di internet  mengenai sensitiviti kaum dan agama telah mencetuskan kebimbangan rakyat di negara ini.

Sikap tidak bertanggung jawab itu bukan sahaja mengambarkan rasa tidak hormat mereka kepada masyarakat majmuk malah bakal menjejaskan perpaduan yang terjalin selama 57 tahun Malaysia merdeka.

ABN News mendapatkan pandangan pimpinan masyarakat bagi melihat sejauh mana kebimbangan isu ini berlaku.

Menurut Penasihat Jawatankuasa Pembinaan Kuil Baru Negeri Selangor, B. Vadivellu, tindakan itu perlu dihentikan kerana keharmonian kaum di Malaysia wujud disebabkan setiap kaum menghormati sensitiviti pegangan masing-masing.

B. Vadivellu

B. Vadivellu

“Peranan kita, kita jangan main selalu fikir baik-baik sebelum mengeluarkan satu artikel di media massa  dan blog sensitif sangat bila tangani perkara ini cara di Malaysia memang tidak galakan perkara-perkara ini.

“Saya ingat di Malaysia isu popular seperti ini tidak boleh dipakai langsung, kita lain seperti negara-negara lain di Asia,” katanya.

Bagi Bendahari UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Rosli Mohd Amin, semua agama mengajar penganutnya ke arah kebaikan, oleh itu sensitiviti kaum dan agama tidak wajar untuk dijadikan bahan kontroversi.

“Kita harus dan perlu menghormati setiap agama yang ada di negara kita ini negara kita ini mempunyai masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama kenapa kita berjaya sampai hari ini?

“Sebab perpaduan yang kita kekalkan dan toleransi  sebab itu kita boleh bertahan dan berpadu antara kaum di negara kita,” katanya ketika di temui di Majlis sambutan ulang tahun ke-43 Kuil Sri Kalaimman, Batu 8 di sini hari ini.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri Datuk K.K Eswaran di antara orang kenamaan yang hadir ke majlis itu.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri Datuk K.K Eswaran di antara orang kenamaan yang hadir ke majlis itu.

Turut hadir ke acara sambutan ini ialah Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri Datuk K.K Eswaran dan pemimpin setempat antaranya  Bendahari UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Rosli Mohd Amin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri sambutan ulang tahun Kuil Kaliamman, Batu 8, Jalan Bukit Kemuning bagi menyambut ulang tahun ke-43 dan juga Festival Api.

Sebanyak 50 kavadi  diarak sejauh lima kilometer  dari Kota Kemuning, Taman Sri Muda dan kawasan sekitar Shah Alam sebelum sampai ke kuil ini untuk tujuan membayar nazar.


 

FOLLOW US

PILIHAN PEMBACA

 


 

 
http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews