Etihad Airways akan lancar penerbangan harian berganda ke Malaysia

 

KUALA LUMPUR – Etihad Airways, syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu, akan menambah penerbangan harian baru antara Abu Dhabi dan Kuala Lumpur untuk menawarkan perkhidmatan harian berganda mulai 15 Julai, 2013.

Jadual baru itu akan menambah 1,400 tempat duduk baharu seminggu ke laluan tersebut, peningkatan kapasiti kira-kira 23 peratus.

James Hogan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu berkata:

“Kami menikmati sokongan kukuh daripada pelanggan perniagaan dan liburan di kedua-dua destinasi laluan itu.

“Lebih satu juta penumpang terbang dengan Etihad Airways ke dan dari Malaysia sejak perkhidmatan itu dimulakan pada Januari 2007.”

Penerbangan harian berganda itu akan menggunakan dua pesawat Airbus A330-200 dengan 18 kerusi di kelas perniagaan dan 236 kerusi di kelas ekonomi. – Bernama

 


 

FOLLOW US

PILIHAN PEMBACA

 


 

 
http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews