Khalid umum Isnin cuti di Selangor
Isnin cuti umum Selangor
Isnin cuti umum Selangor

PUCHONG — Kerajaan Selangor  sementara mengumumkan hari Isnin sebagai Hari Pelepasan Am bagi memudahkan semua rakyat Selangor mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal diadakan pada Ahad.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Hari Pelepasan Am ini diberikan bagi memudahkan rakyat  Selangor melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi.

“Kerajaan Selangor berharap Hari Pelepasan Am ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemberian Hari Pelepasan Am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am.

“Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya.


 

FOLLOW US

PILIHAN PEMBACA

 


 

 
http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews