Anwar tidak terima kekalahan

Oleh Nur Izzatie Rizan (izzatie@abnxcess.com)

DAMANSARA – Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menerima kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke13, dengan mendakwa kemenangan memihak kepada Barisan Nasional (BN) berikutan manipulasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Anwar, yang juga ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau tidak menerima keputusan bahawa BN telah berjaya membentuk kerajaan pusat dan bertegas akan menunggu keputusan penuh rasmi SPR.

“Keputusan rasmi harus dikeluarkan oleh SPR, sekarang kita tunggu SPR untuk menjawab perkara-perkara berbangkit di pihak kita,” kata Anwar yang ditemui semasa sidang media  di One World Hotel, Petaling Jaya.

Beliau mendakwa pihaknya mempunyai bukti terhadap kecacatan proses PRU13 termasuk pengundi hantu,  dakwat kekal dan warga asing yang diberikan kad pengenalan untuk mengundi.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa setakat 12.50 pagi, BN telah berjaya memenangi dengan majoriti 112 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat 58 kerusi.

Keputusan itu bermakna bahawa BN berjaya membentuk kerajaan persekutuan.


 

FOLLOW US

PILIHAN PEMBACA

 


 

 
http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews