PKR bariskan 80 peratus calon muka baru di Perak

Gambar oleh: Mohd Nur Syafiq Safian

Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)

MANJOI– Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan  80% calon muka baru di kalangan golongan profesional untuk bertanding Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) di Perak.

Pengumuman dibuat oleh Anwar di dalam Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat di sini, malam tadi.

Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Calon termuda yang dipilih oleh PKR untuk bertanding di Perak ialah adalah Saifullah Mohd. Zulkifli yang berusia 27 tahun dan dicalonkan untuk bertanding di kerusi DUN Pangkor.

PKR akan bertanding di Parlimen Bagan Serau, Padang Rengas, Tambun, Gopeng, Pasir Salak, Bagan Datoh dan Tanjung Malim.

Manakala bagi kerusi DUN pula, kawasan yang akan ditandingi oleh PKR ialah di Pengkalan Hulu, Temenggor, Kenering, Kota Tampan, Batu Kurau, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Kuala Sepetang, Ulu Kinta, Bukit Chandan, Pangkor, Bota, Tualang Sekah, Simpang Pulau, Teja, Chenderiang, Sungai Manik, Pangkor, Hutan Melintang dan Behrang.

Bagaimanapun kerusi DUN Manong masih dalam rundingan sebelum diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, seorang calon muka baru, Siti Aishah Syaikh Ismail ketika ditemui berkata, beliau bersama jentera parti akan bekerja keras bagi memastikan kemenangannya dan calon pembangkang di Perak.

Siti Aishah dinamakan sebagai calon Parlimen Tambun.

“Saya percaya saya boleh mewakili hasrat dan cita-cita saya untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

 


 

FOLLOW US

PILIHAN PEMBACA

 


 

 
http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews