Genting Plantation kerja sama dengan Dupont tingkat hasil Kelapa Sawit
Ladang Kelapa Sawit
Ladang Kelapa Sawit

KUALA LUMPUR — Genting Plantation Bhd, menerusi unitnya, ACGT Sdn Bhd, bekerjasama dengan DuPont, sebuah syarikat inovasi dan sains global, untuk meningkatkan hasil minyak sawit dan meneroka potensi asli tanaman itu.

Ketua pegawai eksekutif ACGT, Derrik Khoo Sin Huat, berkata kerjasama itu akan membolehkan syarikat itu memperkenalkan inovasi baharu untuk mengenal pasti baka minyak sawit.

“Usaha sama itu akan mempercepatkan penggunaan gen dan penanda bio untuk mengenal pasti kelapa sawit yang lebih berkualiti untuk industri perladangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian hari ini.

Dokumen usaha sama itu ditandatangani oleh ketua pegawai eksekutif Genting Plantation Yong Chee Kong sementara DuPont diwakili pengarah urusan kumpulan Asean syarikat, Hsing Ho.

Khoo berkata pilihan dengan bantuan penanda bio itu akan mengurangkan tempoh penyelidikan baka kelapa sawit kepada enam tahun daripada 11 tahun menggunakan sistem pilihan tradisional.

Beliau berkata, menerusi usaha sama itu, DuPont akan memindahkan teknologinya kepada ACGT dalam masa 30 bulan akan datang dan memberikan bimbingan, kepakaran, sistem dan proses yang digunakan untuk jagung dan kacang soya untuk digunakan pada kelapa sawit.

ACGT adalah syarikat sains tanaman dan aktiviti penyelidikan dan pembangunannya di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil menggunakan teknologi dan penyelesaian berasaskan gen untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan ciptaan nilai daripada tanaman minyak seperti minyak sawit dan lain-lain.  - Bernama


 
TINGGALKAN KOMEN

Posting your comment...

Name :

Email :

Subscribe to these comments via email

*


KEPUTUSAN PRU13

PILIHAN RAYA 2013
BN

PR
IND
PARLIMEN133890
DUN2762281
Johor37190
Kedah21150
Kelantan12330
Melaka2170
Negeri Sembilan22140
Pahang30120
Perak32270
Perlis1320
Pulau Pinang10300
Sabah48111
Sarawak000
Selangor13430
Terengganu17150
Wilayah Persekutuan000

PILIHAN PEMBACA

 


http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews