Akuarium pecah di pusat beli-belah di Shanghai tersebar luas dalam Youtube
Tangki ikan jerung di Shanghai pecah
Tangki ikan jerung di Shanghai pecah

Shanghai – Insiden sebuah akuarium yang berisi ikan jerung pecah di pusat membeli-belah popular di Pusat Membeli-belah Orient di Shanghai, China telah dirakam dan kini tersebar luas selepas dimuat naik ke dalam You Tube.

Kira-kira 15 orang mangsa yang mengalami luka yang dalam dan kecederaan lain dikejarkan ke Hospital Changzheng ekoran peristiwa yang berlaku  pada 19 Disember.

Agensi berita online, Daily Mail melaporkan kawasan itu dibanjiri apabila gelas selebar 25 sentimeter pecah dan bekas seberat 33 tan jatuh mengakibatkan ikan jerung bersama serpihan gelas melayang ke arah orang ramai.

Tiga ekor ikan jerung dan berdozen-dozen ikan dan kura-kura dilaporkan mati.

Laporan  itu menyebut pekerja sebagai berkata tiada amaran ke atas kemalangan yang berlaku pada 19 November lepas.

Polis sedang menjalankan siasatan ke atas insiden itu.

 


 

FOLLOW US

PILIHAN PEMBACA

 


 

 
http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews